Sekolah Dalam Pusat Sumber

SEKOLAH DALAM PUSAT SUMBER

Bermula Tahun 2005, sekolah telah memperkenalkan konsep ’Sekolah Dalam Pusat Sumber’ dalam kalangan warga SKS9. Pada awalnya, Pusat Sumber SKS 9 yang terletak di aras 3 terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu, Bilik Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) , Bilik Alat Pandang dengar ( APD ) dan Bilik Perpustakaan. Bilik Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) terletak di aras 1 berhampiran pejabat sekolah.

Bilik APD telah beroperasi lebih awal iaitu pada bulan Mac 1998 kerana kemudahan seperti OHP dan televisyen yang disediakan oleh pihak kementerian. Bilik perpustakaan pula dibuka pada bulan Ogos 1998. Pada 2 Mac 1999, Pusat Sumber SK Seksyen 9, Shah Alam telah dibuka secara rasminya oleh Tuan Hj Sabri bin Salleh wakil YB Dato’ Hj Mohd Khalid bin Mohd Yunus ( Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia ).

Pada bulan Jun 1999 pinjaman buku mula beroperasi. Sistem pengotomasian PSS mula diperkenalkan pada bulan Jun 1999. Pusat Sumber pada waktu itu mempunyai koleksi buku sebanyak 3000 buah buku. Pada tahun 2008 koleksi bahan bacaan mencecah 15,000 buah buku.

Bagi memantapkan konsep Sekolah Dalam Pusat Sumber, pelbagai aktiviti dan pengubahsuai dilaksanakan bagi menjayakan konsep ini. Pada bulan Jun 2006 Bilik Perpustakaan telah berpindah ke bilik yang lebih luas. Hasil kerjasama dengan PIBG, Pusat Sumber telah dilengkapkan dengan prasarana dan kelengkapan P & P agar suasana lebih selesa dan kondusif.

Bilik Bahan Bantu Mengajar telah berpindah dari aras 3 ke aras 1 pada awal tahun 2004. Ini memudahkan guru-guru untuk membuat rujukan dan pinjaman bahan mengajar. Bilik APD juga telah dinaiktarafkan pada bulan Mei 2007. Pihak Syarikat Takaful Nasional telah membiayai sepenuhnya kos perbelanjaan bilik tersebut.

Selain itu, PSS juga telah mewujudkan 21 rangkaian PSS dan 17 koridor di seluruh kawasan sekolah bagi menjadikan seluruh kawasan sekolah sumber maklumat untuk seluruh warga sekolah.