Projek Khas PSS

PROJEK KHAS PSS SKS Seksyen 9

PEMASANGAN TALIAN INTERNET TANPA WAYAR

  • Pusat Sumber Sekolah telah mendapat kerjasama daripada Biro IT dan Multimedia PIBG SKS 9 untuk memasang talian internet tanpa wayar bagi kemudahan warga sekolah.
  • Maklumat boleh diakses di mana-mana kawasan persekitaran sekolah.

PROGRAM PEMANTAPAN NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) 

Matlamat :
Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid

Objektif :
Pelaksanaan program membina tabiat membaca ialah untuk:-

  1. Menjadikan murid rajin membaca
  2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca

Program Nilam :

  • Untuk semua murid Tahun 1 – Tahun 6.
  • Bermula dari bulan Januari hingga November.
  • Murid merekod bacaan mereka dalam buku rekod bacaan.
  • Guru menyemak dari masa ke semasa dan membuat analisa setiap bulan.
  • Berbagai program diatur untuk membentuk budaya suka membaca di kalangan murid.
  • Anugerah Tokoh Membaca diberi pada setiap 2 bulan sekali dan Anugerah Tahunan pada hujung tahun.
  • Pemberian Lencana Rakan Pembaca kepada murid
  • Merekod tahap pembacaan murid dalam
  • Buku Rekod Profil.
  • Laporan tahunan dihantar ke PSPN pada setiap penggal.

Program Pemantapan NILAM

PROGRAM FIKIR DULU SEBELUM BUANG

  • Program ini adalah program usahasama dengan Syarikat ALCOM Malaysia Bhd.
  • Syarikat ini telah membekalkan kemudahan peralatan dan kepakaran kepada sekolah.
  • Satu bengkel cara-cara bagaimana kertas-kertas terpakai diproses semula untuk dijadikan kad ucapan telah diadakan oleh syarikat tersebut.
  • Aktiviti yang dilaksanakan di dalam Projek Kitar Semula ini adalah seperti membuat kad dan barangan perhiasan yang dihasilkan oleh guru-guru dan murid-murid sekolah ini.

PROGRAM BACALAH SAYANG (BILA-BILA DAN DI MANA-MANA)

  • Murid membaca buku atau sebarang bahan bacaan di Tapak Perhimpunan pada setiap pagi,waktu rehat sebelum loceng berbunyi.
  • Bahan bacaan disediakan di beberapa tempat yang strategik.
  • Pada waktu rehat, murid juga boleh membaca bahan bacaan di Laman Bestari,Laman Ilmu,Laman Baca, laman Baiduri.
  • Pemantauan oleh guru dijalankan pada setiap masa

PROJEK PEMUAFAKATAN PSS (SMART PARTNERSHIP)

  • Bekerjsama dengan Takaful Nasional untuk menaiktaraf Bilik APD. Takaful Nasional telah menyumbang sebanyak RM23,000.
  • Dominos Pizza telah memberi sumbangan dalam Program Anugerah Cemerlang, Hari Kanak-kanak dan Ceramah Motivasi untuk murid-murid yang berminat.
  • Lawatan Penanda Aras ke SK Bukit Rahman Putra, Sungai Buluh dan SK USJ 12, S.Jaya
  • Gotong-royong bersama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 1 Shah Alam.
  • Lawatan ke UiTM, PULAPOL, Pusat Serenti.
  • Program Menabung bersama Bank Islam.

PROGRAM ROBOTIK

  • Pihak sekolah telah menubuhkan lima pasukan robotik. Mereka menjalankan latihan pada setiap hari Selasa, jam 2.30 petang.
  • Pasukan-pasukan ini telah mencapai kecemerlangan apabila meraih Johan,tempat ketiga, ke-20, ke-23 dan ke-24 daripada 98 buah sekolah yang menyertai.
  • Johan Pasukan mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan di Terengganu.

Program Robotik

LEARN A WORD A DAY (PENGAYAAN PERBENDAHARAAN KATA BM DAN BI)

  • Setiap hari semasa perhimpunan pagi, guru yang bertugas akan memberi satu perkataan Bahasa Inggeris dan satu perkataan Bahasa Malaysia kepada murid mengikut aliran untuk dicatat dan cari maksudnya. Satu aliran satu perkataan.
  • Setiap murid perlu menyediakan satu buku catatan bagi mencatat perkataan yang diberi.
  • Guru akan memilih secara rawak murid untuk memberikan maksud perkataan-perkataan tersebut pada keesokan harinya.

SKS9 CEMERLANG BAGAIKAN PERMATA

  • Setiap kelas, tangga dan laman dinamakan dengan nama permata. Permata dipilih kerana kecantikannya dan keistimewaannya serta nilainya yang melambangkan kecemerlangan.
  • PSS telah mewujudkan sudut Kecemerlangan Bagaikan Permata . Pelbagai maklumat tentang permata kelas dan tangga telah diletakkan.
  • Setiap tangga diswastakan kepada panitia untuk pengisian maklumat yang berkaitan.

RADIO BEST SKS9

  • PSS telah menubuhkan ‘Radio Best SKS9’ yang dikendalikan oleh murid-murid sekolah ini.
  • Setiap pagi dan waktu rehat tahap 1 dan 2 murid yang dipilih akan bertugas mengendalikan radio tersebut.
  • DJ yang bertugas akan memberikan informasi terkini berkaitan dengan persekitaran dan ilmu-ilmu yang berguna untuk semua yang diselang-selikan dengan lagu-lagu pilihan.