Latarbelakang PSS

PENGENALAN

  1. Pusat Sumber memainkan peranan penting dalam memajukan proses P&P.
  2. Blueprint PSS dirangka sebagai pelan tindakan menggalakkan penggunaan PSS merentasi kurikulum. Dengan bantuan PIBG , PKG dan PSPN, sekolah telah menggunakan program pengautomasian PSS selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
  3. PSS menjadi medan utama bagi para guru melengkapkan prasarana P&P yang inovatif dan efektif. Diharapkan para guru, ibubapa dan murid-murid dapat mengakulturasikan diri mereka dengan PSS ke arah mewujudkan kecemerlangan pendidikan.

LATAR BELAKANG

  1. SK Seksyen 9 merupakan sebuah sekolah kerajaan yang mula beroperasi pada tahun 1998.
  2. Guru Besar pertamanya ialah En. Hashim b. Saleh sehingga tahun 1999. Beliau digantikan oleh Pn. Hjh. Jamaliah bt. Aman sehingga tahun 2004. Mulai Januari 2005 Puan Hjh. Paridah Anum bt. Tajudin telah bertugas sebagai Guru Besar sehingga sekarang.
  3. Bangunan sekolah ini dibina dengan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti makmal sains, perpustakaan, bilik tayang, makmal komputer, Bilik BBM, Bilik PPSMI dan pelbagai lagi. Setiap bilik darjah pula dilengkapi dengan almari dan rak-rak untuk sudut bacaan murid.
  4. Keluasan Pusat Sumber Sekolah pada awalnya ialah 2 370 kaki persegi.
  5. Persiapan melengkapkan PSS bermula Mac 1998.
  6. Jun 1999 sistem pengotomasian PSS mula diperkenalkan dan digunakan sepenuhnya sehingga sekarang.
  7. Pada tahun 2006 PSS telah berpindah ke bilik yang ada sekarang selepas dinaiktaraf atas kerjasama dan dana sumbangan PIBG. Keluasan Pusat Sumber yang baru ialah 2 543 kaki persegi.
  8. Pada tahun 2007 pihak Takaful Nasional telah memberi dana untuk naik taraf Bilik APD.
Advertisements