Pesanan YDP PIBG

YDP PIBG SK Seksyen 9

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Biro IT Persatuan Ibubapa – Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam kerana telah berjaya mewujudkan laman web SK Seksyen 9, Shah Alam.

Dengan adanya Laman Web ini, diharapkan ia akan menjadi media komunikasi dan maklumat yang dinamik dan aktif dalam menyemarakkan lagi hubungan antara sekolah dan warganya. Ini termasuklah antara sekolah dan murid-murid, ibubapa, PIBG, rakan-rakan dan sebagainya. Bagi pihak sekolah dan PIBG pula, laman Web ini harus dijadikan antara saluran utama untuk menyalurkan maklumat dan berkomunikasi dengan ibubapa, murid-murid dan masyarakat. Saya amat berharap ianya akan digunakan dengan aktif dan dipenuhi dengan pelbagai maklumat mengenai sekolah, akitiviti-aktiviti sekolah, murid-murid, guru dan PIBG.

Dengan pelancaran laman Web ini, Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam menjadi di antara sekolah yang terbilang di Selangor ini yang telah menggunakan dan memperakukan kemudahan ICT dalam sistem pembelajaran dan pengurusan sekolah. Seterusnya adalah diharapkan banyak lagi aplikasi dalam talian terutama yang menitikberatkan pembelajaran dan kurikulum akan dapat diperkenalkan untuk kegunaan semua.

Sesungguhnya ini bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan seharian yang diperlukan oleh kita semua samada muda ataupun tua. Persatuan Ibubapa-Guru ( PIBG ) sentiasa prihatin dan akan terus memantau dan membantu dalam membangunkan prasarana ICT di sekolah ini.

Akhir kata, saya berharap kemudahan ini akan digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak akan dijadikan satu gajah putih kerana yang akan rugi hanyalah kita semua jika ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Tahniah sekali lagi kepada Biro IT dan pihak sekolah di atas pelancaran Laman Web Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam ini.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

AHMAD REDZA BIN AHMAD KHAIRUDDIN
YDP PIBG SK SEKSYEN 9 SHAH ALAM

Advertisements