Minit Mesyuarat PIBG ke 14 – 2011

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 9, SHAH ALAM

KALI KE 14 SESI 2011/2012

TARIKH                :              19 Februari 2011

HARI                    :              Sabtu

MASA                   :              8.30 PAGI

TEMPAT                :              DEWAN SINAR, SK SESKSYEN 9, SHAH ALAM

AGENDA             :

1.            Ucapan Pengerusi Majlis

Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis.

2.            Ucapan Pn. Hjh Paridah Anum bt Tajudin, Guru Besar SK Seksyen 9, Shah Alam

2.1          Guru Besar mengucapkan salam 1 Malaysia dan terima kasih kepada pengerusi majlis , Yang Di Pertua PIBG En Ahmad Redza b Ahmad Khairuddin, barisan Exco PIBG, Penolong                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Kanan , guru- guru, ibu bapa dan semua yang hadir kerana sanggup meluangkan masa untuk menunaikan tanggungjwab sebagai ahli jawatankuasa PIBG SKS9. Beliau juga mengharapkan kehadiran semua ibubapa dalam Mesyuarat PIBG yang julung kali diadakan ini untuk berbincang.

2.2          Guru Besar mengharapkan semua warga sekolah berazam untuk mendapatkan kecemerlangan dan mengalu-alukan semua ibu bapa yang mempunyai cadangan untuk memajukan sekolah dapat tampil ke hadapan bersama-sama berganding bahu dengan pihak sekolah demi kemajuan akademik dan kokurikulum anak-anak di sekolah ini.

2.3          Guru Besar membuat tayangan ’PowerPoint’ tentang latar belakang SK Seksyen 9.

2.3.1      Visi dan Misi baru SKS9 yang sama matlamat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.3.2      Pihak pentadbir SKS9 iaitu Guru Besar, Pn Paridah Anum binti Tajudin, Guru Penolong Kanan Kurikulum, Pn Aminah binti Sasemen, Guru Penolong Kanan HEM, Pn Aziah binti Karim, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, Pn Ong Eng Too dan Guru Penyelia Petang, Pn Jamilah binti Abdul Rahim.

2.3.3      Warga sekolah-

2.3.3.1 Guru-guru di SKS9

a)            Guru sesi pagi seramai 46 orang, terdiri daripada 9 guru lelaki dan 37 guru perempuan.

b)            Guru sesi petang seramai 22 orang, terdiri daripada 4 guru lelaki dan 18 guru perempuan.

2.3.3.2   Staff sokongan seramai sembilan orang termasuk Pembantu Pengurusan Murid.

2.3.3.3   Murid-murid SKS9 mengikut enrolmen seramai 1208 orang. Termasuk 12 murid lain lain bangsa iaitu murid bukan warganegara. Guru Besar memohon supaya ibubapa bukan warganegara faham dengan kedudukan anak mereka di sekolah ini.

2.3.4      Program yang dijalankan sepanjang tahun 2010 ialah pertukaran murid SKS9 dengan murid Tokoname, Jepun iaitu melalui Program TSIE pada 10-23 Oktober 2010.

2.3.5      Kejayaan besar 2010.

2.3.5.1   Keputusan UPSR bagi tahun 2010 meningkat bilangan murid yang memperolehi 5A iaitu seramai 82 org.

2.3.5.2  Anugerah dan pengiktirafan 2010.

2.3.5.3   Murid-murid berjaya ke peringkat antarabangsa seperti murid Tahun 5  Ainurah Murfiqah – Hafazan MTQ

2.3.5.4   SKS9 menjadi tuan rumah untuk liga sepak mula bersama Kementerian Pelajaran Malaysia yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

2.3.6      Guru Besar menyatakan bahawa hala tuju sekolah bersama-sama Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu dalam meningkatkan 20% penyertaan murid prasekolah pada 2012. Bangunan prasekolah yang baru belum siap dan dijangka siap pada bulan Mac 2011. Peralatan yang lengkap untuk kegunaan murid masih belum mencukupi seperti pinggan mangkuk dan alat permainan. Pembantu Pengurusan Murid yang ada sekarang adalah untuk sementara waktu. Murid-murid prasekolah sekarang makan dan minum di kantin kerana kekurangan tenaga kerja dan infrastruktur.

2.3.7     Guru Besar berharap kerjasama ibu bapa untuk membimbing anak-anak di rumah demi membantu kemenjadian murid. Perbincangan dua hala atau secara profesional dapat membantu menyelesaikan masalahyang dihadapi. Dengan penglibatan ibu bapa ini dapat membantu kemenjadian murid.

2.3.8      Guru Besar seterusnya menerangkan Program LINUS yang mana ia menggantikan KIA 2M. Dijalankan kepada murid tahun 1 dan tahun 2. Ujian ini diadakan sebanyak tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac , Jun dan September. Pada Januari 2011 telah diadakan ujian pra LINUS untuk mengesan tahap penguasaan murid. Walau bagaimanapun ujian sebenar akan diadakan pada bulan Mac dan berharap semua murid akan melepasi ujian tersebut. Murid yang tidak menguasai, akan melalui ujian saringan kedua dan seterusnya. Murid yang tidak menguasai, akan melalui ujian saringan kedua dan seterusnya. Untuk program ini, beberapa orang guru khas telah dilantik untuk menjalankannya.

2.3.9      Guru Besar menerangkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) yang mana ia menggantikan KBSR dan hanya dilaksanakan kepada murid Tahun 1 untuk 2011. Ia merangkumi semua matapelajaran. Matapelajaran Matematik dan Sains sekarang sepenuhnya dalam Bahasa Melayu yang dimulakan dengan Tahun 1. Dalam pelaksanaan KSSR ini, ujian untuk menilai tahap penguasaan murid adalah Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Ujian ini akan  diberi kepada murid yang telah bersedia. Penerangan kepada semua ibubapa Tahun 1 pada bulan Januari yang lalu.

2.3.10    Guru Besar menerangkan dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris) yang mana ia  menggantikan PPSMI. Ia mula dilaksanakan kepada murid  Tahun 1, 2011. Ini dijalankan untuk memartabatkan Bahasa Melayu melalui panitia Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris melalui panitia Bahasa Inggeris.

2.3.11    Guru Besar mengharapkan untuk mendapat sokongan dan kerjasama daripada ibubapa/penjaga khasnya dalam semua peraturan dan dasar sekolah serta mendapat perhatian untuk memberi dorongan dan bantuan dlm pembelajaran anak-anak di rumah. Segala permasalahan yang timbul harap dapat dibincangkan secara profesional dengan pihak sekolah. Permasalahan yang dibincangkan hendaklah yang bukan untuk kepentingan sendiri tetapi mestilah kepentingan bersama.  Guru Besar turut berharap ibubapa/penjaga dapat bersama-sama dengan pihak sekolah untuk mendidik dan menjadi contoh terbaik dlm pembentukan sahsiah anak-anak. Diharapkan juga ibubapa/penjaga mengambil bahagian dan melibatkan diri dalam semua program keibubapaaan seperti hari terbuka, mesyuarat PIBG dan lain-lain. Diharapkan juga ibubapa dapat memberi idea atau cadangan yang membina.

2.3.12    Guru Besar mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada semua AJK PIBG di bawah pimpinan YDP En. Ahmad Redza. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua ibubapa/penaga yang member sumbangan, tenaga, idea dan derma kepada semua program sekolah yang telah dijalakan sepanjang tahun 2010. Tidak keetinggalan juga ucapan terima kasih untuk pihak UiTM, MBSA, ETIQA, Cerdik Publications, Amcorp Security dan badan-badan berkanun serta pihak individu yang bermurah hati. Ucapan terima kasih ditujukan juga kepada barisan Penolong Kanan sekolah dan guru-guru.

2.3.13   Guru Besar memohon kemaafan dengan menyususun sepuluh jari memohon maaf jika selama beliau memimpin sek ini selama enam tahun terdapat kelemahan dan kekurangan yang dilakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja. Diharap juga dapat memafkan semua kesalahan dan kekurangan guru-guru SK Seksyen 9 di mata ibubapa/penjaga.

3.            Ucapan Yang Di Pertua PIBG.  En Ahmad Redza bin Ahmad Khairuddin

3.1          Ucapan terima kasih kepada Pengerusi Majlis, Pn Marhaini, Guru Besar, Pn Hjh Paridah Anum binti Tajudin, barisan AJK PIBG, guru-guru dan para ibubapa. En Ahmad Redza melahirkan rasa gembira kerana dapat berjumpa semua ibu bapa.

3.2          En Ahmad Redza menyatakan bahawa peningkatan dalam jumlah murid prasekolah pada tahun ini iaitu 75 orang. Semua murid prasekolah akan bermula dengan pendidikan prasekolah dan terus naik ke aliran perdana di SKS9. Perkembangan anak-anak di depan mata dan dapat dilihat dengan amat positif. Interaksi anak-anak dengan semua penduduk sekeliling juga amat penting. Pihak PIBG yakin kewujudannya dapat mengembangkan lagi komuniti PIBG dan mengeratkan silaturrahim.

3.3          En Ahmad Redza menyatakan bahawa SKS9 merupakan sekolah yang aktif dan hubungan sekolah dengan pihak yang terlibat seperti PPD, Jabatan dan orang peseorangan akan bertambah rapat dan situasi sebegini amatlah baik. Sekolah turut menerima kehadiran pelawat luar seperti nazir dalam hari kedua persekolahan baru-baru ini untuk memantau perjalanan sekolah di awal sesi persekolahan. Ini menunjukkan sekolah ini mendapat perhatian dari pihak atasan.

3.4          En Ahmad Redza turut mengucapkan tahniah diatas kecemerlangan pihak sekolah dalam menangani isu-isu yg dibangkitkan oleh ibubapa.

3.5          En Ahmad Redza memaklumkan bahawa AJK PIBG sesi 2010/2011 bermesyuarat sebulan sekali bertujuan untuk memastikan pelbagai perkara baru yang dilaksanakan KPM mendapat sokongan padu daripada pihak PIBG. Selain daripada bantuan dana, PIBG turut memberikan  idea yang difikirkan perlu demi kemajuan lebih 1,000 murid di sekolah ini.

3.6          Pra sekolah mempunyai PIBG sendiri iaitu PEWARIS yang diwakili oleh ibubapa/penjaga murid pra sekolah. En. Redza mencadangkan agar wakil PEWARIS dapat turut serta dalam mesyuarat untuk permuafakatan bersama.

3.7          Isu keselamatan di Gate C adalah antara perkara yang dibangkitkan oleh kebanyakkan ibubapa. Setelah diadakan perbincangan bersama pihak sekolah, murid diminta sampai di Gate C  sebelum pukul 8 pagi kerana pada 8.15 pagi, gate akan ditutup demi keselamatan murid. Persefahaman dengan pihak sekolah dan PIBG sangat perlu demi kepentingan anak-anak dan semua warga sekolah.

3.8          Isu perubahan kelas anak-anak selalu ditimbulkan dan pihak PIBG sedia mendengar permasalahan ibubapa dan memberikan maklumat yang tepat berhubung isu ini. Perubahan kelas adalah untuk kepentingan anak juga dan bukan sekadar kepentingan pihak sekolah semata-mata. Ibubapa yang menghadapi masalah dengan polisi sekolah boleh memajukan aduan melalui e-mel kerana kaedah bertulis lebih berkesan dibandingkan melalui telefon.

3.9          Isu pembinaan bangunan pra sekolah yang didapati menggangu keselamatan murid seperti kehadiran lori yang keluar masuk dan  kehadiran pekerja asing telah dapat ditangani. PIBG telah memaklumkan pada pihak kontraktor agar lori hanya boleh masuk pada waktu yang dibenarkan serta tidak menganggu murid.

3.10        Pihak PIBG juga telah memantau aktiviti taekwondo pada setiap pagi Sabtu   dan sedang  berusaha untuk mencari tempat lain yang bersesuaian untuk aktivti ini selain dari sekolah.

3.11       PIBG telah bertindak menangani pelbagai isu bertujuan untuk menyokong pelbagai aktiviti sekolah demi untuk mencapai matlamat menghasilkan anak-anak yang yang mempunyai jati diri yang kukuh bertepatan dengan misi sekolah. Selain kejayaan akademik, kecemerlangan kokurikulum sekolah juga memerlukan sokongan ibubapa agar membenarkan anak-anak melibatkan diri secara aktif. Kejayaan anak-anak turut diukur dalam kedua-dua bidang.

3.12        PIBG cuba menyampaikan sebanyak boleh info yang berguna untuk melakukan penambahbaikan bersama. Baki dana yang dibawa dari tahun sebelumnya tidak banyak kerana digunakan untuk memperbaiki tandas murid, cat, keselamatn dan bumbung sekolah yang bocor. Pihak PIBG juga  telah meminta sumbangan daripada pihak jabatan dan sekolah untuk menampung kos memperbaikinya.

3.13        Selain itu, pada Hari kanak-kanak, PIBG turut menyumbang makanan kepada murid-murid. Tiada diskriminasi yang wujud antara keluarga yang telah dan belum menyerahkan sumbangan PIBG yang teleh dipersetujui bersama. Semua murid mendapat hak yang sama rata.

3.14        Dasar-dasar baru dalam kerajaan yang wujud pada hari ini memerlukan hubungan rapat antara guru dan murid dan antara ibubapa dengan pihak sekolah. Kejayaan sekolah yang ditunjukkan membuktikan sekolah ini berada di landasan yang betul. Murid yang pernah belajar di sekolah ini telah berjaya menunjukkan pretasi yang membanggakan di peringkat sekolah menengah dan harapannya dalam bidang pekerjaan kelak.

3.15        En Ahmad Redza mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas diatas segala usaha Guru Besar dan guru-guru diatas komitmen yang tinggi demi kecemerlangan anak-anak.  Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ibubapa yang menyokong PIBG selama ini dan memohon maaf jika ada kelemahan dalam PIBG. Ucapan beliau diakhiri dengan perasmian mesyuarat PIBG kali ke-14.n sekali. Pelbagai perkara baru drpd pihak JPS dan KPM. Perlu membantu sek untuk mengekalkan kecemerlangan sek.

4.            Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 sesi 2011/2012.

4.1          Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 sesi 2010/2011 telah dibentangkan untuk disahkan

–              Pembetulan di mukasurat 9 dan 17.

Dicadangkan oleh            :              En. Khairul Nizar bin Abdul Hayee

Disokong oleh                  :              Pn. Saleha binti Yusof

5.            Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG sesi 2010/2011

5.1          Laporan kewangan PIBG Sesi 2010/2011 dibentang untuk disahkan.

Dicadangkan oleh            :              En. Ahmad Firdaus bin Yahaya

Disokong oleh                  :              En Mohd Nizam bin Kahar

6.            Amaun kutipan sumbangan PIBG dan majalah sekolah

6.1          Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan bayaran sebanyak RM60 sekeluarga bagi tahun 2011 dan RM10 setiap murid untuk majalah sekolah.

7.            Perkara berbangkit

7.1          Tentang kereta yang masuk ke kawasan sekolah, di mana pelekat kereta memang tidak boleh   diguna pakai. Pihak sekolah telah memaklumkan secara rasmi tentang pembatalan pelekat kereta. Jika terdapat murid yang memerlukan mereka untuk dihantar masuk kekawasan sekolah, perlu ada surat-surat yang menyokong seperti surat doktor daripada hospital kerajaan sahaja.

7.2          Guru Besar menerangkan tentang peralihan kelas di mana pembahagian kelas tahun ini kepada dua zon iaitu zon 1 dan zon 2. Murid-murid yang berada didalam setiap kelas mempunyai pencapaian yang tinggi dan rendah untuk keseimbangan dalam kelas. Terdapat murid yang perlu bantuan dan terdapat murid yang boleh membantu kawan-kawan yang lemah. Ibubapa juga dialu-alukan untuk berjumpa guru besar bagi perbincangan.

7.3          Guru Besar memberi maklumbalas tentang perbezaan zon 1 dan zon 2 yang tidak berapa jelas oleh En Khairul Nizar. Guru Besar memaklumkan bahawa mempunyai hala tuju murid-murid tersebut. Lebih-lebih lagi bagi persediaan untuk menghadapi UPSR. Kecemerlangan bukan untuk zon 1 sahaja tetapi untuk semua murid. Ini dapat mengekalkan kecemerlangan murid dalam UPSR. Semua murid diambil secara rawak. Terdapat juga kriteria-kriteria yang diambil kira dimana murid-murid yang boleh membantu kawan-kawan yang lemah. Jika semua murid tersebut diletakkan dalam zon 1, terlalu ramai di dalam sesebuah kelas. Ini menyebabkan guru tidak dapat mendekatkan diri dengan murid apabila terlalu ramai. Perbezaan juga sebenarnya tidak terlalu ketara antara zon 1 dan zon 2. Juga tidak terdapat penurunan kelas.

8.            Membincangkan usul-usul yang diterima.

8.1          Cadangan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer riba. Kebanyakan guru dan murid biasa menggunakan komputer riba. Di sekolah juga disediakan perkhidmatan jalur lebar (wireless). Ibubapa yang menunggu anak boleh melayari internet semasa menunggu anak-anak mereka. Pusat Sumber Sekolah boleh di buka untuk ibu bapa dan murid. Terutama murid yang mengikuti kelas takewando pada hari Sabtu sementara menunggu ibubapa mereka. Ibubapa boleh juga mendapatkan sebarang maklumat di laman sesawang sekolah  iaitu http://www.sks9sa.com.

8.2          Mengadakan bengkel teknik menjawab soalan sains untuk ibu bapa. Pihak sekolah boleh menjemput penceramah dari luar tetapi di khuatiri tidak dapat sambutan dari ibubapa. PIBG akan memberi saguhati kepada penceramah tersebut jika ibubapa memberi maklumbalas untuk menyertai bengkel tersebut. Guru Besar memberitahu bahawa pihak sekolah turut mengadakan ceramah motivasi untuk ibubapa dan murid.

8.3          Murid-murid tidak terlalu lewat balik kerana sememangnya jadual waktu kelas sekarang terdapat pertambahan waktu yang ditetapkan oleh kemeterian iaitu untuk Bahasa Arab. Jadi terdapat hari-hari yang ditetapkan untuk murid-murid tersebut terpaksa balik pada 1.30 petang.

8.4          Buku mesej kurang sesuai untuk memberi maklumat, En Khairul Nizar menyarankan sekolah disaran menggunakan ‘facebook’ untuk memberitahu segala maklumat terkini sekolah bagi golongan yang menggunakan prasarana berteknologi. Manakala golongan yang tidak menggunakan prasana berteknologi seperti internet, boleh menggunakan papan kenyataan yang ditempatkan di gate C.

8.5          Bagi aktiviti Ko-kurikulum dijalankan pada hari Sabtu, Pn Paridah menyatakan bahawa semua sudah sedia maklum tentang hari Ko-kurikulum adalah pada hari Rabu. Tidak boleh dijalankan pada hari sabtu kerana kekangan masa dan kebanyakan ibubapa tidak dapat memberi komitmen yang sewajarnya.

8.6          Bagi persatuan Pelancongan dan kelas karate-do, Pn Paridah menerangkan bahawa ianya pernah dilaksakan, tetapi kurang mendapat sambutan.

8.7          Guru Besar menyatakan bahawa pihak sekolah memberi peluang kepada murid untuk memilih aktiviti kokurikulum yang disukai oleh mereka sendiri. Tetapi sekiranya melebihi had, pihak sekolah terpaksa meminta murid menyertai persatuan / kelab/permainan yang lain kerana perlu ada keseimbangan untuk jumlah ahli bagi setiap unit tersebut

8.8          Pihak sekolah akan berbincang dengan guru sukan samada sesuai atau tidak acara merentas desa diadakan di Taman Tasik Shah Alam. Mengikut takwim sekolah merentas desa akan diadakan pada 23 Mac 2011. Tetapi jika terdapat tenaga kerja yang cukup untuk menjalankan aktiviti ini di Taman Tasik Shah Alam, mungkin akan dipertimbangkan dengan syarat terdapat petugas-petugas di setiap ‘check point’. Keputusan akan dimaklumkan kemudian.

8.9          En Ahmad Redza memaklumkan bahawa pemasangan railing di cerun tangga Gate C memerlukan kos yang terlalu tinggi kerana akan melibatkan pembinaan yang baru. Dan perkara ini masih dalam perbincangan bersama pihak MBSA tetapi masih belum mendapat sebarang kata putus. Cadangan untuk menaik taraf Gate C untuk memudahkan keadaan dan perjalanan murid. Diharapkan supaya ibubapa yang menghantar anak ke sekolah tidak berhenti terlalu lama kerana akan menyebabkan kesesakan lalulintas dan memohon kerjasama ibubapa untuk mengikut peraturan semasa memandu. Penjaja juga tidak dapat dielakkan kerana semua akan membeli termasuklah ibubapa. Pihak PIBG akan mencuba untuk menaik taraf gate C sebaik mungkin. Untuk makluman semua, Gate C menjadi tapak bagi pelajar sekolah menengah ponteng.

8.10       En Ahmad Redza menyatakan bahawa ‘zebra crossing’ ada. Manakala untuk menambah pengawal keselamatan, ianya memerlukan kos yang tinggi. Kerjasama dengan pihak MBSA diperlukan bagi mengadakan lampu bagi memudahkan murid pada waktu pagi kerana keadaan awal pagi yang masih gelap. Selain itu, ibubapa perlu lebih prihatin dan bertimbang rasa dan perlu tumpuan semasa murid-murid turun daripada kereta.

8.11       Mengadakan ceramah khusus tentang keselamatan jalanraya khusus untuk murid dan ibubapa. Ceramah tersebut akan diadakan selepas mengadakan perbincangan. Mendahulukan kepentingan murid daripada kepentingan sendiri.

8.12       Pn Paridah memaklumkan, pihak sekolah akan mencuba untuk memuaskan hati semua pihak dengan keadaan kantin sekarang yang menjual makanan ringan, masakan pedas dan harga yang mahal. Perbincangan dengan pengusaha kantin akan diadakan.

8.13       Penggunaan polisterin bagi meletakkan makanan yang dijual di kantin sekolah. Pn Paridah akan berbincang dengan pihak kantin tentang perkara tersebut.

8.14       Ketiadaan bekalan air di tempat mencuci tangan di kantin. En Ahmad Redza menyatakan bahawa pelbagai kemungkinan yang berlaku sama ada sinki tersumbat atau paip pecah.

8.15    Membuat pintu pagar atau jalan pintas dari kuarters polis ke sekolah. Pernah dicadangkan sebelum bangunan dibuat, tetapi tiada sebarang kata putus. Semestinya telah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk menjaga keselamatan samada di sekolah atau di kuarters polis sendiri. Dikhuatiri juga menjadi laluan murid sekolah menengah yang ponteng sekolah.

8.16    Penggunaan Kad Pelajar atau Kad Pintar memerlukan kos yang tinggi. Sememangnya kad pelajar adalah satu benda yang sinonim dengan sekolah-sekolah sekarang. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih teliti bersama-sama semua AJK PIBG sesi 2011/2012.

8.17    Meningkatkan kebersihan dan kemudahan dalam tandas murid. Tandas murid akan dinaik taraf untuk keselesaan murid. Pihak sekolah juga turut sentiasa ingatkan murid untuk menjaga kebersihan tandas.

Pembubaran AJK PIBG Sesi 2010/2011

9.1          Pengerusi PIBG membubarkan AJK PIBG 2010/2011.

9.2          Ahli Mesyuarat bersetuju melantik En Ahmad Redza b. Ahmad Khairuddin sebagai pengerusi sementara.

Pemilihan AJK PIBG Sesi 2011/2012   

10.1        Pemilihan AJK ibubapa telah dijalankan melalui undian oleh semua ahli yang hadir manakala jawatan kuasa guru dipilih oleh pihak sekolah. Senarai AJK PIBG Sesi 2011/2012 seperti berikut.

Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2011/2012:-

Yang Di Pertua PIBG       :              En Ahmad Redza bin Ahmad Khairuddin

N/Yang Di Pertua PIBG :              Prof Dr Saifollah bin Abdullah

Setiausaha Kehormat    :              Pn Azlina binti Zainal

Bendahari Kehormat     :              Pn Hazlina binti Othman

AJK Ibubapa                      :              En Khairul Nizar bin Abdul Hayee

En Mohamed Roslan bin Sallehuddin

Prof. Madya Maheran Bt. Nuruddin

Prof. Dr. Siti Halijjah Bt. Shariff

En. Khamarul Baharain Bin Sulaiman

AJK Guru                            :              Pn Ismawati binti Ismail

Pn Syazlina binti Mohd Nawi

Pn Nurul Aisyah binti Mohd Yusof

Pn Anisah Laila binti Ashari

En Zailani bin Deraman

Juruaudit                       :              Pn Saleha binti Yusof (wakil ibubapa)

Pn Suzilawati binti Abdullah (wakil guru)

Hal-hal lain.

11.1    En. Hamzah bin Harun mengatakan pihak sekolah perlu beri kebebasan pada anak-anak untuk bawa air atau tidak pada hari Jumaat bagi bacaan Yassin. Pn Paridah menyatakan tiada paksaan untuk membeli air tersebut, atau murid mungkin terpengaruh dengan kawan yang membeli air. Ustaz Farhan menerangkan sinonim pada hari Jumaat memang diadakan bacaan Yassin untuk murid tahun 6. Duit jualan air tersebut, akan digunakan pada akhir tahun untuk jamuan.

11.2    En Nizam mencadangan supaya semua ahli mesyuarat memikirkan cara yang terbaik untuk menarik minat ibubapa hadir ke Mesyuarat Agung PIBG. Perlu menyebarkan maklumat melalui laman web, sms atau apa cara sekalipun. Ibu bapa disaran memberi sumbangan pada sekolah untuk membantu anak-anak. Kebanyakan ibubapa hanya menilai keadaan sekolah pada satu-satu tahun itu sahaja dan seharusnya ibubapa berfikiran positif dan member sokongan kepada pihak sekolah bukan menyalahkan.

11.3    Pn Aisyah, melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah dalam mendidik murid-murid di sekolah ini. Kebanyakan ibu bapa menghadapi masalah untuk hadir ke sekolah semasa Hari Terbuka jadi beliau mengharapkan waktu perjumpaan dipanjangkan. Beliau turut mencadangkan agar laporan prestasi murid boleh diambil dahulu dan perbincangan dilakukan pada hari lain. En Ahmad Redza memberi maklum balas dengan mengatakan terdapat ibubapa yang tidak mahu mendengar sebarang komen tentang anak mereka. Walaupun begitu terdapat ibubapa yang datang semula ke sekolah berjumpa dan berbincang dengan guru tentang anak mereka.

11.4    Pn Aisyah turut mencadangkan agar pihak sekolah dapat mengedarkan surat untuk ibubapa yang ingin tampil sebagai sukarelawan sekolah untuk membantu apa jua aktiviti sekolah. En Ahmad Redza menyatakan banyak aktiviti yang dilakukan antaranya karnival usahawan dan pada tahun ini akan diadakan juga program bagi mengumpul dana. Beliau mengalu-alukan sukarelawan daripada ibubapa untuk membantu program PIBG. Penggunaan SMS untuk memaklumkan semua aktiviti sekolah akan dibincangkan.

11.5    Pihak sekolah turut menganjurkan kokurikulum kelab tekwando. Telah bermula dan diadakan pada setiap hari Sabtu dan dipantau oleh pihak sekolah.

11.6    En. Khairul Nizar mencadangkan mengadakan minggu Bahasa Inggeris untuk murid-murid bagi meningkatkan lagi tahap penguasaan bahasa tersebut. Jika terdapat murid yang tidak bercakap Bahasa Inggeris, perlu adakan denda. En Ahmad Redza mengulas bahawa cadangan tersebut memang baik tetapi kurang sesuai denda kepada murid Tahap 2, khuatir murid-murid tersebut bertambah takut dan mereka akan terus tidak bercakap. Manakala murid Tahap 1 tidak segan untuk bercakap Bahasa Inggeris walaupun salah. Tetapi apabila mereka naik ke Tahap 2, mereka mula malu. Jadi untuk kecemerlangan murid dalam penguasaan Bahasa Inggeris, PIBG akan memperbanyakkan lagi bahan bacaan berbahasa Inggeris di Pusat Sumber Sekolah. Buku-buku yang dibeli akan ditapis terlebih dulu bagi mencari bahan bacaan yang sesuai. Cadangan program pada tahun ini adalah Program Bacathon. Galakan daripada ibubapa untuk memilih bahan bacaan berunsur pengetahuan seperti Readers Digest, Discovery dan mohon ibubapa tampil sebagai sukarelawan untuk aktiviti bercerita.

11.8    En Khairul Nizar juga mencadangkan supaya mengadakan kelas bahasa seperti Bahasa Mandarin atau Bahasa Tamil dan Bahasa Arab. Pn Paridah menyatakan bahawa jika kelas bahasa ingin diadakan perlu ada tenaga pengajar dan sesebuah kelas perlu mempunyai lebih daripada 15 orang murid. Dan perkara tersebut akan dipanjangkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

Ucapan penangguhan oleh Yang Di Pertua PIBG Sesi 2011/2012

12.1        En Ahmad Redza mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang memberi kerjasama dan menyumbangkan idea dan teguran yang membina.

12.2        En Ahmad Redza turut mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang baru dilantik dan diharap akan dapat member kerjasama sepanjang sesi 2011/2012.

12.3       Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.05 petang.

Disediakan oleh;

………………………………………

(AZLINA BINTI ZAINAL)

Setiausaha PIBG

SK Seksyen 9, Shah Alam

Disemak oleh,                                                                                                 Disemak oleh

(AHMAD REDZA AHMAD KHAIRUDDIN)

Yang Di Pertua PIBG

(PARIDAH ANUM BINTI TAJUDIN)

Penasihat PIBG

————————————————————–

KEHADIRAN       :
1. AZMAN HASHIM
2. HASNIZA HASSAN
3. ABD RAZAK BIN MD MOKHTAR
4. K MAHENDRAN
5. RUGAYAH AZIZ
6. MAISARAH HARON
7. KAMARUL BAHARAIN
8. AZIMAH AHMAD
9. HAFIZAH HJ A. RAHMAN
10. NOOR AZIDAH ABD MALIK
11. NOOREHAR ABU BAKAR
12. ABANG NOR AZMAN YAACOB
13. KHAIRUL NIZA BT MD BOSTAN
14. HUZAIMAH HASSAN
15. ILYAS LEE ABDULLAH
16. IDI AMIR ISMAIL
17. NOR ASIKIN OMAR
18. ZARINA MOHD TOP
19. HASIMAH BT ALIAS
20. SHAMSUDDIN MAT ZIN
21. MOHAMAD SHAKIF B MOHD ANAS
22. ZARINA BT BAKAR
23. SHAMSIARI OSMAN
24. JAYA GANESAN
25. B.P. JAYAMALAR
26. IZMAWATI HUSAIN
27. SARIMAH BT MOHD HASHIM
28. AHMAD FIRDAUS YAHAYA
29. HAMZAH HARUN
30. J. MOHAN31. KAVIYARASAN
32. AHMAD ZULHIZAN ZULKIFLI
33. PHAJAN KAUR34. ABDUL MAJID
35. ABDUL SHUKOR B MEHAT
36. ROHAIMI B MD ISA
37. SAHIR B SAMAT
38. OTHMAN B SALLEH
39. MOHAMED HISHAM B KHATIN
40. MOHD NIZAM ABD KAHAR
41. KAMARULHISHAM B KAMARUDDIN
42. ANUAR B ABU BAKAR
43. HIDAYATULSALIHIN ADHAR
44. MOHD RAFIZAN
45. SHAMSUL HEZRI B ISMAIL
46. MOHD ARAFAT BIN ARIFIN
47. ANDRI SAWIN
48. YUZAIMAH BT YUSOFF
49. ZARINA BT YA’ACOB
50. KHALIZA MOKHTAR
51. HASLINA OSMAN
52. ROSMAH BINTI ABAS
53. NIK SALADIN NIK MAHIR
54. PAIZUHA ABDUL RANI
55. NORA56. ISMAIL
57. ROHANA MANSOR
58. AHMAD NOR AZMAN B. JAMIN
59. ZAITON MOHAMED
60. DATO’ ARIEFF AARON ABDULLAH
61. NOR AFIDAH AHMAD
62. AIDA ABU BAKAR
63. ABDUL RAHMAN HAMID
64. MD RADZI MD ZAIN
65. ROHANA ABDUL RAHMAN
66. ROHAYA IBRAHIM
67. MUHAMMAD NUR AIDID
68. SUBRINA SAW
69. ZURYATI
70. NASRI
71. ROSNI AB UBU BAKAR
72. CHE SUZANA PUTEH
73. RASHIDAH
74. MOHD NASARUDIN CHE FA
75. MAZIDEE MD RAMLI
76. RAJA MARIAM RAJA LOPE NOR RASHID
77. SALEHA YUSOF
78. ROSMAN MD JIN
79. AZMI ADNAN
80. MAHERAN NURUDDIN
81. MOHD ZAINI RIHAN
82. MISIYAH BT YUSMADI
83. JASLINA MD DZARIF
84. NORIDAH HUSSEIN
85. AB HALIM BIN AB RAHMAN
86. KAVIYARASAN
87. PUSPA HANITA ABD AZIZ
88. ROZAINAL AMRI
89. FARA
90. FAIROZ AZLI B ABDUL HAMID
91. SUNNY SHAHROS B ROSLAN
92. ANITA HJ GHALIF
93. ROHANI BINTI ISMAIL
94. SALINA BT AB KADIR
95. ADNAN B MOHD AMER
96. SARAH SAKEENAH
97. MD ROSTAM B AB GHANI
98. SAZALI ABDULLAH
99. ABD RAES ABD RAZAK
100. MOHD AZMI BIN ABD FAMI
101. KHAIRUL NIZAR B ABDUL HAYEE
102. MITI NORBAYA ZAINURDIN
103. NORLI ABD TALIB
104. DATIN NOOR AIDHA BASIRON
105. ISHAK BIN MOHD IBRAHIM
106. FARIDAH ABDUL RAZAK
107. SAPURA
108. VIVIN ELISA
109. NORSYAFIKA IZZANI
110. SUYANI AWANG
111. MAIMUN MOHD KHALID
112. NADIAH ABU AL-ASHARI
113. ZULKIPPLI HARON
114. SITI HALIJJAH SHARIFF
115. MUHAMAD KAMAL SABRAN
116. AZLYNA ALIAS
117. HASRUL AFENDI B. MD SALLEH
118. MAZLINA MAHZAN
119. SARIPAH FOZIAH BT SYED NOORDDIN
120. MOHAMAD ROSLAN SALLEHUDDIN
121. SALIPAH MAT SALLEH
122. PARI VERTHAN
123. SARIMAH TALIB
124. KALWANT SINGH
125. SURIANI BT HUSAIN
126. IZWAN HAFIZ
127. NOR AZLINDAH AHMAD
128. SAFINI MOHD RAZALI
129. ZALINA YATIMIN
130. HARISON BT MOHAMAD
131. SUZILAWATI JUNOH
132. NURAZILAH BINTI ABDUL RAOF
133. ZULKEFLI B ABU BAKAR
134. PARIDAH ANUM TAJUDIN
135. NARIZA BINTI AHMAD
136. ANIS BT MAT HUSSIN
137. BIBI AISAH JAMADAL ALI
138. WAN KAMAISMASUNY WAN ISMAIL
139. ZUHIEDAYA BT YAHYA
140. ONG ENG TOO
141. JASBIR KAUR
142. MARHAINI
143. JAMILAH BT ABD RAHIM
144. MOHD ZAILANI B DERAMAN
145. AZIAH KARIM
146. NORFARINA YAHYA
147. AUDREY ANISSA NG
148. AZLINA ZAINAL
149. AZIAH M ALI
150. SUREIN LOUIS
151. ROSIDAH HAMDAN
152. RUZITAH ABD SAMAD
153. NORAIDAH BADARUZAMAN
154. HAFIZAH MOHD AMIN
155. SITI SHABANON MISWAN
156. RUZIANA ABD AZIZ.
157. SITI ZULAIKHA HARMAIN
158. HASROL HOUSNI HARIS
159. MAHATHIR B MANSOR
160. NORHISHAM SAMSUDIN
161. FARHAN JAMALUDIN
162. NORLIYANA OTHMAN
163. NURUL AISHAH MOHD YUSOF
164. NOORMAH KADER
165. AMINAH BT SASEMEN
166. ABD MANAF BIN MD JUSOH
167. NOOR LAILA MOHIDDIN@YIDIN
168. HAZLINA OTHMAN
169. MAZZURA ABDULLAH
170. SITI HAWA KALIL
171. UMI KALSOM HARUN
172. MAIZA MUSA
173. SAHRUN NIZAM B MUNJIR
174. YUSMIMI BIN NORDIN
175. NADIA BT RAMLAN
176. NOOR AZLINA BT MOHAMMAD
177. HAZLIN KARTINI BINTI IBRAHIM
178. LAILATUL BADRIYAH HASAN
179. NOORMAIZA MUHAMAD
180. ISMAWATI BT ISMAIL
181. AIZATUL
182. FAZILAH ANIZA IBRAHIM
183. LAILA HUSSAIN
184. NOR AZRINAWATI
185. SYAZLINA M. NAWI
186. ZURINA SUHAIMIN
187. SITI RUZAINIAH
188. AINUL FAUZAH
189. AHMAD REDZA AHMAD KHAIRUDDIN

Hantar Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s