Laporan Biro Perkembangan Sahsiah

LAPORAN BIRO PERKEMBANGAN SAHSIAH 2011/2012 

Pengerusi         : Prof Madya Dr Siti Halijjah Shariff
Setiausaha       : Pn Ismawati bt Ismail

Biro Perkembangan  Sahsiah telah menyusun atur beberapa aktiviti Bagi memberi mafaat kepada murid-murid serta warga sekolah sepenuhnya. Namun begitu disebabkan beberapa kekangan, program yang telah dirancang terpaksa ditangguhkan. Antara program yang telah dijalankan adalah superti berikut.

A) Program senamrobik
Bagi melahirkan pelajar-pelajar yang menghayati dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Pensyarah dari Fakulti Sains Sukan UiTM Datin Dr Hajah Sarina bt Md Yusof telah di jemput untuk memberi tunjuk ajar cara senaman yang betul. Aktiviti ini telah diadakan pada 27.9.2011  melibatkan murid-murid yang menjalani kelas Pendidikan Jasmani pada pagi hari tersebut serta murid tahun 6. Aktiviti berlangsung di Dewan Sinar.

B) Ceramah Kesihatan:’ Vitamin & Anda’ ( Persedian untuk awal remaja)
    Tujuan program ini adalah untuk menerapkan serta mengamalkan cara hidup yang sihat kepada pelajar. Penceramah jemputan Dr Nahlah Elkudsiah Bt Ismail  dari Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara telah di jemput bersama beberapa orang pembantunya untuk menjalankan aktiviti sebelum menyampaikan ceramah. Antaranya ukuran BMI. Aktiviti ini dijalankan pada 27.9.2011 melibatkan 200 orang murid tahun 6.

Biro Pembangunan Sahsiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Aziah bt Karim serta PN Ong serta Unit Kesihatan dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program biro ini. Semoga segala aktiviti-aktiviti biro pada masa akan datang akan lebih memberi manfaat kepada semua warga sekolah.

Disediakan oleh

(ISMAWATI Bt ISMAIL)
( Setiausaha Biro Perkembangan Sahsiah)


Advertisements