Laporan Biro Pembangunan Dan Infrastruktur

LAPORAN BIRO PEMBANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR 2011/2012


Pengerusi     : Encik Ahmad Nor Azman bin Jamin
Setiausaha   : Puan Syazlina bt Mohamad Nawi

Bagi sesi 2011/2012, Biro Pembangunan dan Infrastruktur telah menjalankan beberapa projek bagi menjadikan suasana sekolah yang lebih selesa untuk setiap warga sekolah. Antara projek yang telah dijalankan adalah :

1. Memperbaiki atap yang bocor serta mengatasi masalah air bertakung di bahagian bucu atap yang agak kritikal.
2. Mengikis karat, menyapu ’under coat’ dan mengecat tiang-tiang besi yang uzur terutamanya bahagian bawah tiang di sekitar kawasan sekolah.
3. Memperbaiki tiang gol yang telah patah dengan sokongan dan kimpalan yang lebih sempurna.
4. Pembinaan pondok pengawal keselamatan di ’gate’ B bagi mengelakkan pengawal tertumpu di gate A sahaja semasa waktu persekolahan dan cadangan menempatkan secara tetap pengawal di pintu B serta membuat laluan masuk/keluar melalui pintu ini. Melebar ruang menunggu konkrit di luar pintu B.
5. Mereka bentuk dan membina laluan baru di gate C berserta pondok berteduh /menunggu untuk keselesaan para pelajar.
6. Mengecat rak di dalam setiap kelas supaya kelas menjadi semakin ceria, sekali gus menaikkan semangat murid dan guru.

Disediakan oleh,
________________
(SYAZLINA BT MOHAMAD NAWI)
Setiausaha Biro Pembangunan dan Infrastruktur