Laporan Biro IT Dan Multimedia

LAPORAN BIRO IT DAN MULTIMEDIA TAHUN

2011/2012

PENGERUSI               : En. Khairul Nizar B. Abdul Hayee

SETIAUSAHA              : Pn. Nurul Aishah Bt. Mohd. Yusof

AJK GURU                  : Pn. Norliyana Bt. Othman

                                   En. Yoggesvaran (Juruteknik)

Sepanjang tahun 2011 pihak biro IT dan Multimedia banyak memberikan fokus kepada merangka strategi ICT sekolah dan juga dalam memperbaiki serta mengemaskini laman web dan menambah saluran perhubungan maya.

  1. Pada Mac 2011, laman Facebook PIBG SKS9 telah diwujudkan. Sehingga kini seramai 141 ‘likes’ telah dicatat membolehkan pengguna facebook dalam kalangan warga SKS9 dan pihak luar  memperoleh maklumat terus melalui akaun facebook masing-masing. Email group PIBG SKS9 juga telah diwujudkan untuk menambah saluran perhubungan antara AJK PIBG serta pihak luar jika ada pendapat atau komen yang ingin disuarakan.
  2. Beberapa masalah keselamatan, kemudahan kemaskini dan database lama web lama telah diatasi dengan menggunakan ‘WordPress’ sebagai platform baru laman web pada September 2011. Ini menunjukkan peningkatan dengan lebih 10,000 pembaca yang mengunjungi laman web baru SKS9 dari bulan Oktober – Dec 2011. Pengunjung laman web yang lama hanya memperoleh 4500 bacaan dalam tempoh 9 bulan. Jumlah artikel baru dan berita untuk tahun 2011, meningkat kepada 59 (2010: 6 artikel baru, 2009: 5 artikel baru). Setakat ini, pengunjung teramai dicatat semasa artikel tentang keputusan UPSR 2011 disiarkan iaitu seramai 630 orang pengunjung hanya dalam masa sehari.
  3. Laman Twitter juga telah disediakan mulai bulan Oktober 2011, yang dihubungkan terus dengan laman facebook dan laman web rasmi. Secara automatik, artikel yang dimuatkan dalam laman web akan disiarkan di Twitter dan Facebook.
  4. Biro ICT juga telah membantu untuk menjayakan Hari Kemuncak Bacaton yang telah berlangsung pada bulan Oktober 2011 dengan mempromosikan acara ini melalui laman Facebook dan laman web SKS9. Seterusnya, memuat naik berita dan gambar- gambar sepanjang acara tersebut berlangsung. Berita dan gambar- gambar yang disiarkan tersebut mendapat kadar pengunjung teramai.
  5. Biro IT juga telah membantu menganalisa keperluan ICT sekolah setelah memperoleh anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi. Strategi ICT SKS9 yang digubal juga telah diserahkan kepada pihak sekolah sebagai panduan strategi pada Ogos 2011.
  6. Berbekalkan peruntukan dari anugerah SBT, pihak sekolah telah berjaya memperolehi 38 buah komputer baru dan juga dapat menaik taraf rangkaian maya sekolah.
  7. Biro IT juga bertanggungjawab menghebahkan sebarang pengumuman yang ingin dibuat oleh pihak sekolah seperti kemasukan murid ke tingkatan satu dan tahun satu. Selain itu juga, tarikh-tarikh penting seperti peperiksaan (PKSR), sukan tahunan dan sebagainya turut dimuatkan.

Biro ICT ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu untuk menjayakan kerja-kerja penambahbaikan pada sesi ini. Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada  semua AJK Biro ICT pada sesi sebelum ini.

Disediakan oleh

(PN. NURUL AISHAH BT MOHD YUSOF)

Setiausaha Biro IT dan Multimedia