Laporan Biro Akademik

LAPORAN BIRO AKADEMIK 2011/2012

Pengerusi         :           Profesor Madya Maheran bt. Nuruddin

S/Usaha           :           Pn. Anisah Laila bt. Ashari

AJK                 :

  • Pn. Nor Azlindah bt. Ahmad
  • Pn. Norhayati bt. Kusmin
  • Pn. Aizatul bt. Mohd Anis
  • Pn. Anis bt. Mat Hussin

Sepanjang tahun 2011 Biro Akademik telah mengadakan beberapa aktiviti bersama pihak pentadbiran sekolah demi mempertingkatkan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik. Antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan adalah seperti berikut :

  1. Program Motivasi Murid Tahun 6 bersama ibu bapa / penjaga. Penceramah motivasi yang berpengalaman telah diundang untuk menjayakan program ini. Tujuan program ini adalah untuk memberi panduan dan kesedaran kepada ibu bapa dan murid mengenai peranan masing-masing dalam menentukan kejayaan mereka.
  2. Penglibatan Komuniti – Program Bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Kerjasama antara pelajar UiTM dari Fakuti Sains Komputer dan Matematik dan Fakulti Sains Gunaan bersama guru-guru SK Seksyen 9 dalam program Kem Matematik bagi membantu mengajar murid-murid yang lemah dalam subjek Matematik. Program ini diadakan pada setiap petang Jumaat. Murid-murid yang terlibat adalah dari tahun 5 dan 6.
  3. Program Anakku Sayang telah diadakan di Port Dickson pada 23 hingga 25 September 2011 bagi membimbing seramai  30 murid-murid Tahun  6 yang lemah dalam setiap subjek. Bimbingan diberikan secara intensif  di samping suntikan motivasi agar murid lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Tujuan diadakan di luar sekolah adalah untuk memberikan suasana pembelajaran yang lebih menarik.
  4. Program Myschool Myskill pada 24 September 2011.

Program ini juga melibatkan kerjasama dengan UiTM.  Ia bertujuan membentuk murid yang serba boleh dalam pelbagai bidang kemahiran. Antara kemahiran yang diajar ialah :

  • Seni Lukisan dan kraftangan Bahan Kitar Semula
  • Seni Fotografi
  • Membina Laman Web
  • Masakan Sushi

Program ini turut  dibuka kepada ibu bapa dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan.

  1. 5.                   Program Kelas Bahasa Mandarin

Program ini bertujuan untuk menambah kemahiran bertutur dalam Bahasa Mandarin dan ia dikendalikan oleh  2 orang Pensyarah Bahasa  Mandarin dari UiTM.  3 Kelas telah dibuka dan diadakan pada hari Sabtu selama 14 Minggu. Peserta kelas terdiri daripada murid dan ibu bapa.

  1. PIBG turut membantu menambah koleksi bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah sebagai langkah meningkatkan budaya membaca di kalangan murid SK Seksyen 9. Seorang murid SKS9 telah menjadi johan Tokoh NILAM peringkat Negeri Selangor dan akan mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan tahun 2012.
  2. PIBG turut memberi sumbangan dan penghargaan kepada murid yang berjaya dalam UPSR dan juga membantu dalam menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang 2011

Biro Akademik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar, guru-guru , ibu bapa dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan dalam menjaya semua program.

Disediakan oleh,

(Anisah Laila Ashari)

Setiausaha Biro Akademik