Kalendar SKS9

MAKLUMAN : Kalendar ini tertakluk kepada perubahan. Pihak kami akan membuat kemas-kini secepat mungkin.

Untuk subcribe kepada feed reader sila klik simbol ini

Untuk tambah kalendar terkini ke kalendar mobile / komputer anda, klik simbol ini

9 thoughts on “Kalendar SKS9”

  1. Salam. Apa intipati “Program Anakku Sayang (1)?

    • Program Anakku Sayang diadakan untuk murid-murid Tahun 6 (yang terpilih) dan memerlukan bimbingan serta bantuan khusus dari guru.

      Program ini telah dimaklumkan kepada ibu bapa murid tahun 6 semasa Program Pemuafakatan Tahun 6 pada 14 Jan yang lalu.

      Walaubagaimanapun Program Anakku Sayang yang sepatutnya akan diadakan pada 31 Mac ini akan ditunda pada 14 April. Surat akan diedarkan kepada murid2 yang terlibat sahaja.

      • Hjh Siti Salbiah Dasiyo said:

        Saya menghadiri Program Permuafakatan Tahun 6 pada 14 Jan yang lalu dan diberitahu mengenai Program tersebut.Maklumat yang ingin saya perolehi adalah, apakah kriteria untuk Program Anakku Sayang tersebut. satu lagi, telah dipersetujui bahawa ibu bapa dikehendakki membayar sejumlah wang untuk kelas tambahan setiap sabtu tetapi hingga kini saya masih tak dapat surat yang sepatutnya diedarkan kepada murid-murid.

        Mohon penjelasan

      • Assalamualaikum puan – untuk makluman puan Program Anakku Sayang dikhususkan untuk murid-murid tahun 6 yang gagal dalam peperiksaan.

        Dalam program ini mereka (30 orang) akan diberi bimbingan khusus oleh guru-guru untuk memastikan mereka lulus semua matapelajaran UPSR. Insyaallah program ini akan diadakan pada 14 hingga 16 Julai 2012 di Hotel Seri Malaysia Port Dickson. Berhubung tentang pembayaran kelas tambahan tahun 6, pihak sekolah akan mengedarkan surat pada minggu hadapan.

        Sekian harap maklum.

  2. Wan Mardiyanti Nasir said:

    Salam. Pukul berapa waktu persekolahan untuk sessi pagi?

  3. Mohd Syahril bin Hussain said:

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Saya ingin mencadangkan agar diadakan kelas bahasa asing di SKS9, selain daripada bahasa Mandarin. Untuk pengetahuan SKS9, saya adalah tenaga pengajar dalam Bahasa Korea di mana terdapat beberapa pelajar saya belajar di SMKS9.

    Jika saya ingin ajukan pelan pembelajaran bahasa Korea, kepada siapa saya perlu ajukan?

    Mohon pertimbangan.

    Terima Kasih,
    Mohd Syahril bin Hussain
    012-9942076

  4. Amizi Alias said:

    Pada sabtu 15 June anak saya ada jalani ujian untuk kemasukan ke darjah satu tahun 2014. Saya ingin tahu bila keputusan akan keluarkan. Jika nak saya gagal mendapat tempat adakah pihak sekolah akan menguruskan penempatan sek yg baru.

    Amizi
    Bukit Bandaraya

    • Assalamualaikum,
      Saya merujuk perkara di atas.
      Keputusan Penempatan kesemua murid tahun 1 , 2013 akan di buat oleh PPD Petaling Perdana.
      Keputusan akan dimaklumkan secara online sekitar pertengahan Julai – Ogos.
      Mohon ibu bapa penjaga menyemak keputusan penempatan di laman web JPS. harap maklum.

Hantar Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s