Kurikulum SKS9

PROGRAM KECEMERLANGAN KURIKULUM

Beberapa program telah dirancang bagi mereliasasikan hasrat untuk menjadi salah sebuah sekolah cemerlang di peringkat negeri dan akhirnya peringkat kebangsaan.

PROGRAM YANG DIJALANKAN PADA AWAL TAHUN

Program Motivasi Ibu Bapa Tahun 6

Program ini disusun khas untuk pada ibu bapa murid Tahun 6. Tujuannya adalah untuk menimbulkan kesedaran ibu bapa mengenai peranan mereka dalam menentukan kejayaan anak-anak dalam UPSR. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Mohammed Ghazali bin Hamzah Pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Beliau telah memperturunkan beberapa petua yang berguna seperti amalan kerohanian, pemakanan yang sesuai dan pendekatan psikologi dalam mendidik anak yang akan menghadapi peperiksaan.

B Program Maju Diri

Program ini berdasarkan modul yang telah disediakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Modul tersebut meliputi Aktiviti Kenal Diri, Mengurus Diri, Kemahiran Belajar dan Kerjaya. Murid-murid telah dibahagi kepada kumpulan kecil dan dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar subjek Tahun 6.

C Program Motivasi Murid Tahun 6

Program ini merupakan kesinambungan dari Program Maju Diri. Tuan Haji Mohammed Ghazali bin Hamzah sekali lagi dijemput untuk memberi ceramah yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi motivasi diri murid-murid. Pendekatan diberi terhadap amalan kerohanian untuk menimbulkan kesedaran dalaman diri murid-murid.

Teknik Menjawab Soalan UPSR

Beberapa penceramah jemputan telah dijemput bagi mendedahkan murid tentang teknik yang betul untuk menjawab soalan UPSR. Mereka ialah:-

a. Encik Ahmad Pua’ad Ibrahim dari SK. Tun Hussin Onn Cheras ( Sains )
b. Encik Mohd Ali Hanifah dari Pusat Perkembangan Kurikulum ( Matematik )
c. Puan Amar Asha Sarna dari SK. La Salle P.J ( Bahasa Inggeris )
d. Cik Noryamshina bt Ahmad dari SK. Puchong Perdana ( Bahasa Melayu )

Program Matematik Kira Pantas

Program ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Baharam Azit dari Matematik Sensor, Melaka. Ia bertujuan mendedahkan kepada murid-murid kemahiran mengira secara pantas. Ramai murid telah berjaya menguasai kemahiran ini dan menggunakannya dalam latihan harian dan juga ujian.

F PROGRAM MENJELANG UPSR

i) Latihan Intensif

Latihan intensif untuk semua mata pelajaran UPSR telah dimulakan dua bulan sebelum UPSR. Dalam jangka waktu ini, murid-murid dikumpulkan di dewan dan soalan-soalan latihan diedarkan mengikut jadual yang disusun sebelum itu. Selepas selesai setiap latihan, perbincangan mengenai soalan telah diadakan di bawah kendalian guru mata pelajaran.

ii)  Santapan Rohani

Program ini dijalankan seiringan Program Latihan Intensif. Masa selama 20 minit setiap hari sebelum latihan intensif diperuntukkan di mana guru-guru Pendidikan Agama Islam bergilir-gilir menyampaikan kata-kata nasihat dan motivasi bertujuan untuk memberi pengukuhan kerohanian.

iii)  Sembahyang Hajat

Program kendalian PIBG ini telah mendapat sambutan yang baik dikalangan ibu bapa. Tujuannya adalah untuk memohon restu daripada Allah s.w.t. Ramai ibu bapa dan anak mereka hadir pada majlis ini. Bacaan Yassin dan sembahyang hajat ini telah dipimpin oleh Tuan Haji Zohdi bin Toha, Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam.

iv) Tazkirah

Menjelang UPSR, tazkirah pendek selepas bacaan Yassin diadakan bagi meningkatkan kesedaran murid-murid Islam tentang konsep berusaha dan bertawakkal. Di samping itu tazkirah ini juga bertujuan untuk meredakan tekanan yang dihadapi oleh murid-murid supaya mereka berasa tenang sewaktu menghadapi ujian yang penting ini.

G PROGRAM BERTERUSAN

i) Program Jalinan Kasih

Program ini khas untuk murid-murid yang tahap pencapaiannya kurang memuaskan. Murid-murid yang dipilih akan mendapat seorang guru yang bertindak sebagai ibu atau bapa kepadanya sewaktu di sekolah. Peranan ibu atau bapa angkat ini ialah memberi dorongan dan nasihat atau sebarang bantuan yang diperlukan kepada murid-murid tersebut.

ii)  Kelas Bimbingan

Selain program di atas, murid yang lemah dalam mata pelajaran UPSR perlu menghadiri kelas bimbingan setiap hari selepas sekolah dari hari Isnin hingga hari Khamis. Kelas diadakan selama 30 minit dan diajar oleh guru-guru mata pelajaran. Mereka dibahagi kepada kumpulan yang kecil untuk memudahkan guru mata pelajaran memberi tumpuan secara personal kepada mereka.

iii) Kelas Tambahan

Kelas tambahan telah diadakan pada setiap hari Sabtu dan melibatkan semua murid Tahun 6. Sebanyak dua subjek diajar pada setiap hari tersebut. Penekanan diberi terhadap cara-cara menjawab soalan UPSR.

iv)Bacaan Yaasin

Program ini telah dijalankan dari seawal minggu pertama persekolahan. Murid-murid Islam akan berkumpul di dewan pada setiap pagi Jumaat dan program dijalankan sebelum waktu persekolahan bermula. Bacaan Yassin ini dipimpin oleh Ustaz Farhan dan Ustaz Khairul Ansor secara bergilir-gilir. Pada masa yang sama murid-murid bukan Islam membuat ulangkaji pelajaran di bawah pengawasan seorang guru.

v) Penggunaan Akhbar Didik

Murid-murid Tahun 6 digalakkan melanggan akhbar Didik untuk mendapatkan latihan tambahan. Selain mengukuh kemahiran yang sedia ada, mereka juga berpeluang meningkatkan keyakinan diri di samping menerima petua-petua daripada guru pakar. Mereka juga digalakkan untuk menghadiri Klinik UPSR, anjuran Akhbar Didik.

 

H Perkembangan Staf

Selain murid dan ibu bapa mereka, tumpuan juga diberi terhadap guru-guru sekolah ini. Perlbagai kursus pendek telah dirangka dan dijalankan yang bertujuan bagi meningkatkan lagi motivasi dan kemahiran yang sedia ada. Dengan ini tanggungjawab untuk menjadikan sekolah ini cemerlang bukan sahaja terletak di bahu guru-guru Tahun 6 sahaja, malah semua guru boleh memainkan peranan mereka bagi memastikan tahap kecemerlangan bermula dari seawal Tahun

Mengenalpasti Subjek Lemah

Selepas setiap Penilaian Kendalian Sekolah Rendah dijalankan, satu post mortem diadakan bagi menganalisa keputusan penilaian tersebut. Berdasarkan perangkaan, subjek Sains mendapat peratus lulus agak rendah berbanding subjek lain. Ini kerana ia dianggap susah dikalangan murid-murid. Dengan itu pelbagai pendekatan diambil bagi mengatasi benteng psikologi ini, seperti menggunakan kaedah pemerhatian dan eksperimen dan pemerhatian bagi memberi peluang murid-murid mencari sendiri jawapan terhadap soalan yang diberi.

Advertisements