Kata Aluan Guru Besar SKS9

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Pertama sekali,  saya ingin memanjatkan syukur kepada Allah SWT dan mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menerajui sekolah yang sangat berprestij ini.

Sekolah Kebangsaan Seksyen 9,  Shah Alam, yang diikhtiraf dan dianugerahkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) merupakan sebuah sekolah yang terbilang di Shah Alam dan sentiasa berada di persada kecemerlangan dalam apa jua aktiviti atau perkara yang dilakukan.  Bertulangbelakangkan kepimpinan  Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) yang mantap dan proaktif serta kerjasama  ibu bapa dan masyarakat yang sentiasa membantu dan menyokong usaha-usaha ke arah mempertingkatkan lagi kebajikan dan kecemerlangan murid, maka sewajarnyalah, gandingan yang baik ini iaitu PENTADBIR yang cekap, GURU yang komited dan PIBG yang mantap menghasilkan  pencapaian status yang tinggi.

Saya akan berusaha untuk meneruskan kecemerlangan sekolah ini dan memastikan segala aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terlaksana dengan jayanya.  Paling penting ialah hala tuju yang berfokuskan kepada kemenjadian seorang insan bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah dan kokurikulumnya selaras dengan saranan KPM untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik.  Saya yakin SKS 9 akan sentiasa bersinar sebagai sebuah permata yang sangat berharga.

Sekian, terima kasih.

NORMAH BINTI OTHMAN

Advertisements

Hantar Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s