Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Merujuk kenyataan YAB Menteri Pendidikan Malaysia berhubung dengan PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR, adalah dimaklumkan bahawa SK Seksyen 9 Shah Alam akan memulakan sesi persekolahan pada 12hb JANUARI 2015 (ISNIN). Tuan/puan boleh merujuk laman web rasmi kementerian di http://www.moe.gov.my/.

Dimaklumkan juga bahawa tarikh Mesyuarat Pewaris (untuk ibu bapa murid pra sekolah sahaja) dan tarikh Hari Oriantasi (untuk murid pra sekolah dan murid Tahun 1) dikekalkan seperti yang telah dimaklumkan kepada tuan/puan. Harap maklum.

Advertisements